Friday 23 November 2012

KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat ( TM ) dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara Kurikulum,Pedagogi dan Pentaksiran.Melalui pendekatan ini guru hendaklah berperanan sebagai penyelia dan fasilitator kepada pelajar dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah.

2.Pengajaran Berbantukan Komputer ( Computer Assisted Instruction, CAI )

* Integrasi Bahan Kursus CAI dalam bilik darjah akan berfungsi apabila guru tahu dan menguasai sepenuhnya tentang kelebihan dan kelemahan sebuah sistem komputer.

* Penilaian dan Penyebaran Bahan Kursus mestilah dinilai dan diuji kesesuaiannya merangkumi dua elemen penting iaitu buku panduan guru dan buku kerja pelajar.

* Sistem Komputer dan Pengurusan melibatkan seperti kos pelaksanaan yang merangkumi aspek-aspek seperti bilangan komputer yang diperlukan,bilangan jam yang diperlukan oleh setiap pelajar untuk setiap mata pelajaran dalam seminggu, penyenggaraan komputer dan keselamatan sistem komputer.

* Menggalakkan Penghasilan /Penulisan Bahan Kursus

3.Pengajaran Diuruskan Komputer ( Computer Managed Instruction, CMI )

Pengajaran Diuruskan Komputer ( CMI ) berperanan membantuproses pengurusan dalam bilik darjah.Ia melibatkan interaksi antara pelajar, guru, komputer dan bahan-bahan sumber pendidikanyang lain.Terdapat tiga bidang utama CMI iaitu :
1- pengurusan rekod pelajar
2- pengurusan komunikasi
3- pengurusan proses pembelajaran

4.Komunikasi Mediasi Komputer ( Computer Mediated Communication, CMC )

Komunikasi mediasi komputer melibatkan pengajaran dan pembelajaran secara rangkaian atau hubungan rangkaian. Contohnya guru atau pelajar menggunakan jalur internet untuk berhubung semasa proses pembelajaran berlaku.

5.Multimedia Berasaskan Komputer ( Computer Based Multimedia, CBM )

Multimedia boleh dijadikan salah satu alat bantuan mengajar (ABM) kerana ia membolehkan guru mengurus aktiviti pengajarannya secara teratur dan menarik dengan cara memberi persembahan yang pelbagai menggunakan program-program multimedia yang senang didapati.

6.Kelebihan Penggunaan Komputer dalam P&P

Di antaranya ialah :

i)Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat.

ii)Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.

iii)Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luwes dengan kawalan kendiri.

7.Kelemahan Penggunaan Komputer dalam P&P

Di antaranya ialah :

i)Kos yang tinggi

ii)Teknologi yang cepat berubah

iii)Literasi komputer masih meluas

iv)Perlu cekap dan bermotivasi untuk berjaya

Pada akhir artikel ini anda dapat memahami bahawa pada masa kini penggunaan komputer dalam P&P adalah menjadi suatu keperluan yang mesti disebarluaskan. Kelemahan penggunaan kaedah ini masih boleh dikaji dan diatasi dengan perancangan yang rapi dan tersusun. Pelajar akan menjadi lebih kreatif untuk meneruskan penerokaan ilmu yang luas tanpa sempadan.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin